NLP Untuk Usahawan

SOFTSKILL

NLP Untuk Usahawan

HRDCorp Claimable

Mod: Perbincangan, Latihan, & Bengkel

Tahap Modul: Pemula dan Pertengahan

Tempoh: 2 Hari 

Objektif Pembelajaran

Kursus ini direka untuk membimbing usahawan menguasai teknik NLP bagi meningkatkan keupayaan komunikasi, pengurusan emosi, serta daya saing dalam perniagaan.

NLP adalah singkatan akronim kepada “Neuro-Linguistic-Programming”. “Neuro” adalah perkara yang berkaitan dengan minda iaitu otak dan saraf yang terdapat dalam manusia. “Linguistic” ialah mengenai penggunaan bahasa dalam komunikasi sama ada dalaman diri atau pun dengan luaran. “Programming” ialah pengatur caraan atau susunan bahasa yang digunakan kepada diri atau pun komunikasi luaran. Ia adalah apa yang telah kita rekodkan di dalam minda separa sedar kita sebagai ‘preferred way of thinking’ kita.

Hasil Pembelajaran

  1. Peserta memahami asas NLP dan aplikasinya dalam meningkatkan komunikasi efektif.
  2. Peserta dapat mengawal emosi dan memanfaatkan pemikiran kreatif untuk penyelesaian masalah.
  3. Peserta mampu memanfaatkan NLP untuk strategi jualan dan pemasaran yang lebih berjaya.

Syarat / Kelayakan

  1. Memahami Bahasa Melayu dan Inggeris

Modul Pembelajaran

Modul ini memberi penekanan kepada asas NLP (Neuro-Linguistic Programming) sebagai alat penting untuk membangunkan organisasi yang kukuh dan berdaya tahan. Peserta akan mempelajari kaedah mengenal pasti cabaran dalam organisasi, meningkatkan produktiviti pasukan, dan memastikan kesinambungan operasi dengan pendekatan yang proaktif dan inovatif. Modul ini juga meneroka cara menyesuaikan diri dengan perubahan dan memastikan organisasi mampu bertahan dalam situasi yang mencabar.

Modul ini mendalami teknik komunikasi yang berkesan dan persuasif untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam memahami serta mempengaruhi orang lain. Peserta akan mempelajari seni mendengar secara aktif, membina kepercayaan melalui komunikasi yang jelas, dan menggunakan bahasa tubuh untuk menyokong mesej yang ingin disampaikan. Modul ini juga merangkumi strategi untuk mengendalikan perbualan sukar dan mencapai hasil yang positif dalam pelbagai situasi perniagaan.

Dalam modul ini, peserta akan diajar menggunakan teknik NLP untuk mencipta strategi jualan dan pemasaran yang efektif. Modul ini meliputi pemahaman psikologi pelanggan, bagaimana mengenal pasti keperluan dan kehendak mereka, serta cara menggunakan pendekatan yang berfokus untuk menarik perhatian pelanggan. Peserta juga akan mempelajari teknik membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan, meningkatkan kadar penutupan jualan, dan mencipta pengalaman pelanggan yang mengesankan.

Penceramah

En Faizal Kamal Bin Mohamed

Encik Faizal mempunyai pengalaman selama lebih dua belas (12) tahun di dalam bidang motivasi dan telah mengajar serta berkongsi ilmu dengan lebih dari 30,000 peserta. Certified NLP Trainer.