Pengurusan Syarikat Kepada Kontraktor CIDB

  1. Home
  2. >
  3. Course Categories
  4. >
  5. Business and Management
  6. >
  7. Pengurusan Syarikat Kepada Kontraktor...

BUSINESS AND MANAGEMENT

Pengurusan Syarikat Kepada Kontraktor CIDB​

HRDCorp Claimable

Kod: Modul 1 – Pengurusan Korporat

Mod: Perbincangan, Latihan, & Bengkel

Tahap Modul: Pemula dan Pertengahan

Tempoh: 3 Hari 2 Malam

Objektif Pembelajaran

Peserta akan diperkenalkan dengan asas keusahawanan, termasuk ciri-ciri usahawan berjaya, cara membuat keputusan untuk menjadi usahawan, serta proses mencipta idea perniagaan dan merealisasikan impian tersebut. Selain itu, peserta akan belajar tentang jenis perniagaan seperti perbezaan antara Enterprise dan Sdn Bhd, tanggungjawab pemilik atau pengarah syarikat, serta pengenalan kepada dokumen perniagaan dan Akta Syarikat 2016. Peserta juga akan diberi pendedahan tentang pengurusan kewangan perniagaan, termasuk prinsip asas perakaunan, kaedah merekod urus niaga dengan tepat, serta cara mengenali institusi kewangan dan geran padanan. Kursus ini juga membantu peserta dalam memahami proses permohonan bantuan kewangan perniagaan. Objektif pembelajaran ini boleh disesuaikan mengikut keperluan peserta serta matlamat kursus.

Hasil Pembelajaran

  1. Peserta memahami asas keusahawanan
  2. Peserta memahami tanggungjawab sebagai pemilik dan pengurus perniagaan mengikut peraturan kerajaan
  3. Peserta dapat membuat permohonan kewangan bagi mengembangkan perniagaan.

Syarat / Kelayakan

  1. Memahami Bahasa Melayu dan Inggeris

  2. Merupakan kontraktor berdaftar dengan CIDB

Modul Pembelajaran

Peserta akan diperkenalkan asas keusahawan

  1. Ciri-ciri keusahawan berjaya
  2. Membuat keputusan menjadi usahawan.
  3. Mencipta Idea perniagaan.
  4. Perancangan dan merealisasi impian

Penerangan dan latihan BMC dan Rancangan Perniagaan

Peserta akan diperkenalkan tentang asas perniagaan

  1. Jenis perniagaan yang dimiliki Enterprise Vs Sdn Bhd
  2. Tanggungjawab sebagai pemilik/ pengarah syarikat
  3. Pengenalan dokumen perniagaan
  4. Pengenalan Akta Syarikat 2016

Penerangan tentang tanggungjawab dan undang-undang perniagaan di Malaysia

Peserta akan diperkenalkan pengenalan pengurusan kewangan dan membuat pinjaman perniagaan:

  1. Memahami prinsip dan konsep asas perakaunan, dan terminologi kewangan
  2. Kaedah merekod urus niaga dengan tepat
  3. Mengenali institusi kewangan dan geran padanan
  4. Permohonan bantuan kewangan perniagaan

Penerangan kaedah memahami kewangan perniagaan  dan menyiapkan dokumen bagi pinjaman perniagaan.

Penceramah

En Muhammad Hafiz bin A Rashid

Encik Hafiz merupakan seorang penceramah dan trainer yang disahkan oleh HRDCorp, dengan pengalaman luas dalam bidang keusahawanan, perakaunan, dan kewangan, serta terlibat dalam membantu usahawan.