Persuasive Communication for Entrepreneurs

  1. Home
  2. >
  3. Course Categories
  4. >
  5. Leadership and Softskills
  6. >
  7. Persuasive Communication for Entrepreneurs

SOFTSKILLS

Persuasive Communication For Entrepreneurs

HRDCorp Claimable

Mod: Perbincangan, Latihan, & Bengkel

Tahap Modul: Pemula dan Pertengahan

Tempoh: 2 Hari

Objektif Pembelajaran

Kursus ini bertujuan untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran komunikasi persuasif dan membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan, rakan niaga, dan pasukan kerja.

Hasil Pembelajaran

  1. Peserta memahami tingkah laku manusia dan bagaimana ia mempengaruhi komunikasi.
  2. Peserta mampu membina hubungan rapat melalui kemahiran mendalam dalam bahasa tubuh dan komunikasi verbal.
  3. Peserta dapat menggunakan teknik pertanyaan berkuasa untuk mempengaruhi keputusan pihak lain.

Syarat / Kelayakan

  1. Memahami Bahasa Melayu dan Inggeris

Modul Pembelajaran

Modul ini menerangkan pentingnya menjaga, melonjakkan dan memelihara keadaan diri yang terbaik kepada peserta serta kaedah yang perlu dilakukan untuk mengekalkannya semasa berurusan dengan pelanggan.

Modul ini membicarakan tentang SIAPAKAH manusia itu dan memahami andaian-andaian serta mengetahui pola-pola motivasi seseorang.

Modul ini memperincikan bagaimana seseorang manusia itu menerima maklumat dan bagaimana untuk memwujudkan komunikasi yang hebat melaui VAKOG.

Modul ini akan memahamkan dan mengadakan satu hubungan baik dan mesra di dalam hubungan peserta-pelanggan dan kakitangan. Ia mewujudkan persefahaman dan kepercayaan di dalam komunikasi seterusnya peserta dapat menguasai komunikasi.

Modul ini akan memahamkan peserta tentang pembentukan perspektif di dalam minda manusia, termasuk DELETION, DISTORTION dan GENERALISATION serta 14 kaedah motivasi manusia.

Modul ini mengajar peserta untuk mahir di dalam membuat soalan-soalan hebat untuk digunakan semasa berkomunikasi.

Modul ini akan melibatkan komunikasi non-verbal dan bagaimana kita mampu membaca dan memahami bahasa-bahasa badan manusia.

Penceramah

En Faizal Kamal Bin Mohamed

Encik Faizal mempunyai pengalaman selama lebih dua belas (12) tahun di dalam bidang motivasi dan telah mengajar serta berkongsi ilmu dengan lebih dari 30,000 peserta. Certified NLP Trainer.